Ahli MT UMNO puji pembangkang bertemu PM, kembalikan kepercayaan pelabur

August 25, 2021 · Isu semasa

Pertemuan pemimpin utama blok pembangkang dengan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Yaakob hari ini mendapat pujian seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii.

Razlan menyifatkan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng akan dapat mengembalikan kepercayaan pelabur untuk kembali melabur dalam negara, ia walaupun selepas kegagalan Presiden PKR untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi PM baharu.

“Berita kestabilan ini akan mendorong para pelabur luar dan dalam negara menaruh kepercayaan semula. Jangan berhenti berdoa,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Pakatan Harapan berkata pertemuan dengan Ismail Sabri yang diadakan hari ini bertujuan bagi mencari titik persamaan dan memberi isyarat kesediaan menyokong kerajaan baharu diterajui UMNO yang akan dibentuk.

Dalam satu kenyataan bersama pemimpin parti PH dan Ismail Sabri, inisiatif tersebut dilaksanakan bagi menjunjung kasih nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya semua pihak meredakan suhu politik dan perbincangan tersebut bertujuan untuk merealisasikan titah Baginda tersebut.

“Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam ini, tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabab dan membebaskan rakyat daripada cengkaman berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu ditandatangani bersama Ismail Sabri, Anwar, Mohamad dan Guan Eng yang dikeluarkan sejurus pertemuan tersebut.

Sementara itu, Anwar juga memberi isyarat mungkin tidak menentang Ismail Sabri jika usul undi percaya dibentangkan di Parlimen kelak pada September.

“Kita beritahu, kalau suasana begini dan program-program adalah pro-rakyat, kita tidak mahu sulitkan (undi percaya),” katanya dipetik semasa bertemu wartawan selepas bertemu Ismail Sabri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Semalam, blok pembangkang mendesak beberapa permintaan yang dilihat sama dengan tawaran dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada mereka tetapi menolaknya kerana terlalu percayakan Anwar.

Blok pembangkang menggariskan empat tuntutan yang sama dengan tawaran dibuat oleh Muhyiddin sebelum ini, tiga tuntutan lain tersebut adalah menggesa kerajaan baharu melaksanakan Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti, reformasi dan penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara, reformasi fiskal dengan meningkatkan jumlah bantuan untuk rakyat termasuk suntikan tunai RM45 bilion secara langsung dan reformasi institusi dengan memperkasa Parlimen melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, memperkukuh fungsi semak imbang Parlimen, serta mengiktiraf peranan Pembangkang dengan benar-benar dilibatkan dalam usaha dan ikhtiar Kerajaan.

Untuk rekod, semua tuntutan tersebut adalah tawaran Muhyiddin sebelum meletakan jawatannya sebagai PM Ke-8.

Ismal Sabri dalam ucapan sulungnya pada Ahad menawarkan kerjasama itu melalui penyertaan dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Kata Ismail Sabri Yaakob ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Pemimpin blok pembangkang DAP dan PKR sudah menyatakan kesediaan untuk menimbang tawaran tersebut dan akan berbincang terlebih dahulu dengan rakan komponen sebelum membuat keputusan.

Berita berkaitan
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
4 jam lalu· Isu semasa
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
4 jam lalu· Politik
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
8 jam lalu· Isu semasa
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
9 jam lalu· Politik
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
42 minit lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
2 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
2 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
3 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok