Ahli baharu KWSP yang didaftar meningkat 146,000 pada suku pertama

July 12, 2022 · Isu semasa

Pendaftaran ahli baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meningkat sebanyak 57 peratus kepada 146,000 orang pada suku pertama 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini selaras dengan usaha dana persaraan itu yang memulakan strategi jangka panjang untuk meluaskan liputan perlindungan sosial rakyat Malaysia dalam usaha memperkukuh ekosistem sokongan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), lapor Bernama.

“Buat masa ini, walaupun ada pelbagai inisatif perlindungan sosial yang diperkenal dan sesetengahnya mendapat pembiayaan kerajaan, namun rata-rata kesedaran mengenai pentingnya perlindungan sosial dan persiapan untuk hari tua masih terlalu rendah dalam kalangan sejumlah besar rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kemudahan Insurans dan Takaful i-Lindung KWSP di sini, hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, salah satu aspek terpenting adalah berkaitan pengukuhan perlindungan sosial dan tanggung jawab tersebut telah diberikan kepada KWSP apabila kerajaan mula melaksanakan Program Transformasi GLC.

Malah, katanya, program tersebut adalah bagi memacu pemulihan dan pembinaan semula ekonomi negara pasca-pandemik melalui ekosistem GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Mengulas mengenai platform i-Lindung yang dilancarkan hari ini, Tengku Zafrul berkata ia dapat membantu ahli KWSP untuk mendapatkan perlindungan bagi menghadapi situasi tidak diduga dan di luar kawalan yang boleh menimpa sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

“Ini merupakan satu titik tolak yang penting bagi melindungi rakyat Malaysia serta keluarga masing-masing daripada risiko kematian, kehilangan upaya secara menyeluruh dan penyakit kronik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yakin kemudahan i-Lindung tersebut berupaya membantu merealisasikan hasrat negara untuk mencapai kadar penembusan insurans lebih daripada 70 peratus, selain dapat membantu ahli mendapatkan perlindungan insurans dan takaful.

“Kemudahan i-Lindung ini boleh didapati pada kadar minimum RM30 setahun dengan perlindungan sebanyak RM10,000 serta boleh ditolak daripada Akaun 2,” katanya.

Menurutnya, KWSP turut menyasarkan sebanyak 300,000 orang bagi platform i-Lindung tersebut untuk tahun pertama pelaksanaannya.

Platform i-Lindung tersebut adalah di bawah Pelan Perlindungan Ahli bagi kemudahan pembelian produk-produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.

Tawaran perlindungan kepada ahli KWSP itu juga berkuat kuasa secara serta-merta.

Berita berkaitan
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
MP Perikatan Nasional gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar
October 12, 2023· Politik
Pempengaruh difitnah penyokong PH berhubung isu IC buat laporan polis
August 26, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
24 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
24 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok