Agong zahirkan sidang Parlimen mengikut SOP ditetapkan kerajaan

June 29, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan agar sidang Parlimen dijalankan secepat mungkin semasa pertemuan dengan Yang di-Pertua (Speaker) Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Azhar Azizan Harun pagi ini di Istana Negara.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Agong semasa pertemuan satu jam dengan Speaker menzahirkan Sidang Parlimen perlu dibuka dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Parlimen.

“Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan dan Parlimen Malaysia.

“Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook Istana Negara.

Menurut kenyataan itu, sidang Parlimen itu bertujuan membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, kenyataan itu juga berkata sesi-sesi mesyuarat hendaklah diteruskan untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab khususnya dalam isu-isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

“Semasa sesi menghadap tersebut, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kesediaan pihak Parlimen untuk mengadakan persidangan Parlimen secepat mungkin,” katanya lagi.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Mohamad Ali Mohamad kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon dan Azalina Othman Said.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pada 26 Jun lalu Agong menitahkan Azhar dan Speaker Dewan Negara Rais menghadap baginda di Istana Negara pada Selasa.

Sehari sebelum itu, Azhar dan Rais dalam kenyataan bersama berkata sidang Dewan Rakyat secara hibrid dijangka diadakan akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September selepas semua aspek perundangan, termasuk peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan diambil kira.

Mereka berkata, tarikh sidang bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan semua aspek perundangan pada peringkat Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat dijangka akhir Julai depan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan
February 8, 2022
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok