Agong zahir tahniah kepada 2 pelajar kita terpilih ke Harvard College

April 15, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan dipilih dan diterima masuk ke Harvard College di Amerika Syarikat, sekolah sarjana bagi Harvard University yang terkemuka dan antara terulung di dunia.

Dua pelajar berkenaan ialah anak kelahiran Kuantan, Pahang, Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dan Jarell Cheong Tze Wen dari Kuala Lumpur yang bakal memasuki kelas sarjana bagi tahun 2025, dengan masing-masing merancang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ekonomi dan Matematik.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahdan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang kedua-dua pelajar berkenaan yang merupakan antara 1,968 pelajar terpilih dan melepasi tahap kelayakan ketat ditetapkan daripada sejumlah 57,435 permohonan dari seluruh dunia.

“Kejayaan kedua-dua belia ini sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

“Kejayaan ini turut membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabangsa,” titah Seri Paduka dalam hantaran menerusi akaun Facebook dan Instagram Istana Negara hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan semoga kejayaan mereka berdua menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Seri Paduka juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhammad Hamdi dan Jarell serta mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa pada masa hadapan.

Kedua-dua pelajar cemerlang itu adalah produk sistem pendidikan kebangsaan dengan Muhammad Hamdi merupakan lulusan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum beralih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar di Negeri Sembilan sebagai Cendekiawan Bank Negara Kijang.

Sementara, Jarell menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan A-Level di Sekolah Menengah Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya.

Selain kehebatan dalam bidang akademik, Jarell juga pernah mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2019 dalam acara Dancesport, bertanding di Olimpik Matematik Pasifik Asia dan bersaing dalam kejohanan catur antarabangsa.

Sementara, Muhammad Hamdi merupakan seorang pendebat yang juga telah memberikan tuisyen kepada pelajar sekolah menengah dengan sering membincangkan pandangan dunia dan pendapatnya mengenai isu masa kini.

Popular
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
55 minit lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
1 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
2 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
2 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok