Agong yakin langkah kerajaan tadbir negara, tangani Covid-19

June 13, 2021 · Isu semasa

Bersatu menjunjung kasih keprihatinan dan keyakinan Yang di-Pertuan Agong terhadap langkah yang diambil kerajaan dalam mentadbir negara, terutama dalam menangani penularan pandemik Covid-19.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam kenyataan di Facebooknya malam tadi berkata keprihatinan dan keyakinan Yang di-Pertuan Agong itu disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) secara maya kelmarin.

Katanya, Bersatu turut mengiktiraf keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ‘lockdown’ dan pewartaan beberapa ordinan darurat bagi melindungi rakyat dalam tempoh genting ini.

Antaranya Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021, dan Ordinan Darurat (kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021.

“Langkah tersebut telah terbukti mampu mengawal jangkitan Covid-19 dalam negara daripada 9,020 kes pada 29 Mei 2021 kepada sekitar 6,000 kes harian ketika ini dan berjaya mengelakkan peningkatan kes jangkitan harian yang tinggi secara eksponen di luar jangkaan,” katanya.

Selain itu, katanya, MPT juga bersetuju sebulat suara meluluskan beberapa pindaan terhadap peraturan persidangan parti, Peraturan Sayap Armada, Peraturan Sayap Srikandi dan Peraturan Sayap Bersekutu Bersatu selaras dengan pindaan Perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Hamzah berkata, Bersatu yakin dan percaya bahawa semua pindaan itu mampu memperkasakan gerak kerja parti, melicinkan urusan pentadbiran parti dan mengukuhkan akar umbi Bersatu di setiap peringkat di seluruh negara.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3
November 23, 2022· Politik
PN terima satu lagi sokongan angkat Muhyiddin jadi PM
November 22, 2022· Politik
PN serah SD 112 nama, tapi Istana Negara lanjut tempoh hingga 2 petang esok
November 21, 2022· Politik
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
1 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
9 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
14 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
36 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok