Agong tambah pegangan dalam syarikat Citaglobal Bhd

September 20, 2022 · Isu semasa

Pegangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Citaglobal Bhd bertambah selepas menguasai kepentingan syarikat sebanyak 12.4 peratus.

Menurut laporan BH, pegangan Sultan Abdullah naik daripada 9.0 peratus sebelum ini dalam syarikat senaraian awam itu yang menjalankan perniagaan dalam industri kejuruteraan sivil, pembinaan, minyak dan gas (O&G) serta pembuatan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Citaglobal berkata, Al-Sultan Abdullah memiliki kepentingan langsung sejumlah 132,118,593 unit saham dalam syarikat yang mula diperbadankan atas nama Weng Zheng Resources Bhd dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2 Januari 2008.

Syarikat turut memiliki unit operasi utama iaitu Citaglobal Land Sdn Bhd, Sinergi Dayang Sdn Bhd, Citaglobal Energy Sdn Bhd dan WZS Industries Sdn Bhd.

Pada 7 Jun lalu, kumpulan itu menukar nama kepada Citaglobal Bhd sebagai memberi gambaran yang lebih baik mengenai skop perniagaan yang bergerak ke hadapan.

Menurut laman web rasmi Citaglobal, syarikat itu berhasrat menjadi sebuah konglomerat yang terbabit dalam sektor pengurusan kemudahan, telekomunikasi, tenaga, infrastruktur dan teknologi.

Citaglobal dipimpin oleh Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria sebagai Presiden dan Pengerusi Eksekutif bersama Naib Pengerusi Eksekutifnya, Tengku Datuk Seri Uzir Tengku Ubaidillah.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
12 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
16 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok