Agong setuju terima menghadap jawatankuasa merayu tamat darurat

April 22, 2021 · Isu semasa

Pengerusi Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, Khalid Samad mengesahkan beliau menerima surat memaklumkan Yang di-Pertuan Agong bersetuju menerima menghadap jawatankuasa itu.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun berkata, surat berkenaan tidak menyatakan bila tarikh pertemuan akan diadakan.

“Sukacita dimaklumkan bahawa pagi ini saya telah menerima warkah dari Istana Negara yang memaklumkan Duli Yang Maha Mulis Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju untuk menerima menghadap Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat untuk menyerahkan petisyen untuk merayu agar darurat ditamatkan.

“Walaupun tarikh untuk menghadap belum lagi ditentukan, kami yakin satu tarikh akan ditetapkan seberapa segera untuk membolehkan kami semua menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan petisyen rayuan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, warkah dari Istana Negara itu ditandatangai Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim.

Khalid berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan baginda berkaitan isu itu.

Selasa lalu, belau bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, menghantar surat kedua kepada Yang di-Pertuan Agong memohon menghadap bagi menyampaikan petisyen penamatan darurat.

Pada 12 Jan lalu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan dDarurat sehingga 1 Ogos depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gelaja wabak Covid-19.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Al-Sultan Abdullah menamatkan tempoh pemerintahan 30 Jan, zahir penghargaan
October 26, 2023· Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok