Agong, Permaisuri solat sunat Aidiladha di Kuantan

July 10, 2022 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan di Kuantan.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 8.20 pagi yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah disambut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut berada di masjid ialah barisan pentadbiran negeri dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Solat sunat tersebut dipimpin oleh imam besar masjid Mohd Hafidz Suhailie yang turut menyampaikan bacaan khutbah Aidiladha.

Selesai solat, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal berkenan menyaksikan ibadah korban yang berlangsung di pekarangan masjid yang turut melibatkan lembu sumbangan Seri Paduka. – Bernama

Berita berkaitan
Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi
August 9, 2022· Politik
Jangan hina, persenda agama atas nama kebebasan bersuara: Agong
July 30, 2022· Isu semasa
Sampai waktu sesuai saya bubarlah, kata Ismail Sabri berhubung tarikh PRU-15
July 27, 2022· Politik
Dr Mahathir dakwa Najib mungkin mahu diampunkan tanpa masuk penjara
July 21, 2022· Politik
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
7 minit lalu · Isu semasa
Saksi utama kes Guan Eng cuti sakit empat hari
18 minit lalu · Isu semasa
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
56 minit lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, Wall Street jejas bursa saham
2 jam lalu · Isu semasa
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok