Agong perkenan Parlimen ke-14 dibubar

October 10, 2022 · Isu semasa

Istana Negara hari ini (10 Oktober 2022) mengesahkan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, bagi membubarkan Parlimen.

“Dalam sesi menghadap yang tidak berjadual bermula pada jam 12 tengah hari itu, Perdana Menteri telah mengemukakan sembah permintaan beliau untuk perkenan Seri Paduka Baginda bagi pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa pada 10 Oktober 2022.

“Setelah memperhalusi permintaan tersebut, maka Seri Paduka Baginda selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan telah memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen,” kata kenyataan Istana Negara yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadzil Shamsuddin.

Menurut kenyataan itu Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

“Justeru, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-15 dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan bulan November 2022.

“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa negara yang kukuh adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi yang berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat, secara keseluruhannya,” kata kenyataan itu.

Yang di-Pertuan Agong juga mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah, khususnya bencana banjir.

Kenyataan Istana Negara itu dikeluarkan menyusul pengumuman Perdana Menteri kira-kira jam 3 petang tadi bahawa Parlimen ke-14 dibubarkan mulai hari ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
20 jam lalu· Politik
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
December 3, 2022· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
22 minit lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
16 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok