Agong, Muhyiddin, PM rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Zaman Khan

September 11, 2021 · Isu semasa

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan, 80, meninggal dunia di Institut Jantung Negara, di ibu negara hari ini.

Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk solat dan dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini selepas solat Asar.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Zaman Khan.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Baginda berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara dan menyifatkan permergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara.

Allahyarham, 80, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari 1975 hingga 1978 dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Penjara pada 1997.

Allahyarham memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sekitar 1993 dan pernah mengendalikan kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin dan P Kalimuthu atau Bentong Kali.

Allahyarham juga antara pegawai kanan polis yang terlibat di lokasi kejadian tragedi Kondominium Highland Towers pada 1993.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zaman Khan.

Katanya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara, mengambil kira sumbangan dan khidmat bakti yang beliau curahkan dalam memastikan ketenteraman awam sentiasa terjaga sepanjang perkhidmatan.

“Semoga seluruh keluarga Allahyarham tabah melalui detik menyedihkan ini. Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga merakamkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang dan saya doakan agar tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Berita berkaitan
ADUN Jepak di Sarawak meninggal dunia: Laporan
September 15, 2023· Isu semasa
Bekas Ahli Parlimen Jasin meninggal dunia
August 29, 2023· Isu semasa
MB Kedah ziarah Allahyarham Salahuddin di hospital
July 23, 2023· Isu semasa
Salahuddin Ayub meninggal dunia
July 23, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank mulai 7 April
April 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok