Agong gesa tangani segera krisis sekuriti makanan negara

June 6, 2022 · Isu semasa

Krisis sekuriti makanan perlu ditangani segera terutama dalam keadaan dunia yang menghadapi pelbagai kemelut dan kejutan ketika ini, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seri Paduka turut menitahkan agar satu pelan jangka panjang dirangka untuk mengukuhkan sekuriti makanan dan menjamin kos sara hidup untuk berada pada tahap yang bersesuaian, lapor Bernama.

“Beta berharap agar kerajaan beta dan pemimpin di setiap lapisan untuk menangani masalah kelangsungan hidup yang membelenggu segelintir rakyat beta, termasuklah kos sara hidup yang tinggi di samping peningkatan harga komoditi industri dan makanan.

“Nasihat beta, usahlah wujud bibit pertikaian apabila setiap kali negara berhadapan dengan masalah sekuriti makanan dan peningkatan kos sara hidup. Kita semua seharusnya fokus kepada membantu memulih kemaslahatan rakyat.

“Sikap ‘bila sudah merah, kapur salahkan kunyit dan kunyit salahkan kapur’ tidak akan dapat membantu dan membela nasib rakyat beta yang terhimpit dengan pelbagai dugaan,” titah Seri Paduka sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi di Istana Negara di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah juga menasihatkan rakyat supaya memainkan peranan dengan menanam sikap berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah serta tidak melakukan pembaziran.

Seri Paduka turut menyanjung tinggi inisiatif pengukuhan perlindungan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan termasuk program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong menaruh harapan tinggi agar program itu dapat mencapai sasarannya untuk menghapuskan miskin tegar menjelang 2025.

“Pemimpin adalah tidak ubah bagai condong yang akan menongkat, bagai rebah yang akan menegak.

“Pemimpin adalah sandaran kepada harapan rakyat. Kebahagiaan dan kesusahan rakyat adalah merupakan cerminan diri yang wajib digalas oleh setiap pemimpin,” titah baginda.

Dalam titah itu, Seri Paduka turut merakamkan terima kasih kepada seluruh anggota pentadbiran, penjawat awam, anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan yang telah mencurahkan bakti kepada negara yang tercinta ini.

Al-Sultan Abdullah berpesan agar rakyat terus mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang tinggi bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat.

Seri Paduka turut menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Darjah Bintang Kebesaran dan Pingat Persekutuan pada tahun ini dan berharap pengurniaan itu menyuntik semangat baru untuk terus berbakti kepada masyarakat dan negara.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong berdoa semoga negara kita Malaysia dan rakyat yang beta kasihi akan sentiasa berada di bawah perlindungan dan kerahmatan Allah serta aman makmur dan bersatu padu di bawah lindunganNya,” titahnya.

Bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi itu, seramai 1,021 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022.

Berita berkaitan
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Al-Sultan Abdullah menamatkan tempoh pemerintahan 30 Jan, zahir penghargaan
October 26, 2023· Isu semasa
Jelaskan larangan guna kalimah Allah kepada ketua agama lain: Mufti
June 7, 2023· Isu semasa
Kalimah Allah: Agong titah kerajaan harmonikan keadaan
June 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
3 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
3 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok