Agong bertindak ikut nasihat Kabinet, kata Mahkamah Persekutuan tolak saman Anwar

August 6, 2021 · Isu semasa

Mahkamah tertinggi negara ini hari ini menolak saman yang dikemukakan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang menuntut perisytiharan Akta Majlis Keselamatan Negara sebagai tidak mengikut Perlembagaan.

Lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang turut memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat Kabinet atau menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet.

Hakim Puan Sri Zaleha Yusuf; Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof; Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim; Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan; dan Hakim Datuk Rhodzariah Bujang dalam keputusan mereka berkata:

“Yang di-Pertuan Agong tidak diragukan merupakan Ketua Tertinggi Persekutuan berdasarkan Artikel 32 Perlembagaan Persekutuan.

“Namun, Artikel 39 dan 40 Perlembagaan menetapkan bahawa Agong akan bertindak sesuai dengan nasihat Kabinet atau menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet melainkan dalam hal-hal di bawah budi bicara Agong sebagaimana yang termaktub dalam Klausa (2) Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan,” kata penghakiman yang ditulis mereka.

Mereka juga berkata persetujuan Raja tidak pernah menjadi sebahagian daripada tindakan eksekutif Agong.

“Ini adalah langkah terakhir proses perundangan sebelum rang undang-undang menjadi undang-undang,” kata mereka.

Terdahulu, Anwar menuntut perisytiharan itu dengan alasan Akta MKN menjadi undang-undang berdasarkan ‘pindaan tidak berperlembagaan’, dan berikutan itu enakmen-enakmen di bawahnya melanggar Artikel 149 Perlembagaan serta Artikel 9 (2) mengenai kebebasan untuk bergerak.

Anwar merujuk pindaan Artikel 66 pada tahun 1994 ketika negara di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) di mana beliau menjadi timbalan perdana menteri ketika itu.

Pindaan tersebut menyatakan rang undang-undang yang diluluskan di Parlimen akan secara serta-merta menjadi undang-undang dalam masa 30 hari setelah ia dikemukakan kepada Agong, walaupun ketika ia tidak mendapat persetujuan raja.

Keputusan hari ini tampil selepas perbahasan hangat mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin, selain beberapa tindakan kerajaan baru-baru ini dalam usaha membatalkan ordinan-ordinan darurat.

Ini kemudian disusuli tuduhan ‘derhaka’ oleh Ahli Parlimen pembangkang terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Akta MKN dibentangkan ketika pentadbiran Najib Razak pada 2015, yang antara lain memperuntukkan penubuhan sebuah Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh perdana menteri.

RUU tersebut tidak mendapat persetujuan segera pihak istana, namun ia kemudian menjadi undang-undang selari dengan tempoh waktu 30 hari selepas ia diserahkan kepada Agong.

Berita berkaitan
Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi
August 9, 2022· Politik
Jangan hina, persenda agama atas nama kebebasan bersuara: Agong
July 30, 2022· Isu semasa
PH kata MoU berkuatkuasa sehingga bubar Parlimen walaupun tak disambung
July 29, 2022· Politik
Sampai waktu sesuai saya bubarlah, kata Ismail Sabri berhubung tarikh PRU-15
July 27, 2022· Politik
Popular
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
51 minit lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
1 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
2 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok