Agong ajak rakyat sama-sama cegah ‘tsunami Covid-19’

April 30, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menasihati rakyat supaya tidak lalai dan mengambil sikap sambil lewa dengan arahan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat tumpuan bagi mengekang penularan Covid-19.

Baginda juga menzahirkan kegusaran susulan kenaikan berterusan kes jangkitan Covid-19 yang telah mencecah lebih 3,000 kes positif harian.

Sehubungan itu, baginda menyeru rakyat supaya sentiasa berdisiplin dalam mematuhi arahan dan SOP ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan negara ini dibadai tsunami Covid-19 seperti yang dialami beberapa negara di Asia Selatan dan Eropah.

Yang di-Pertuan Agong turut mengingatkan rakyat supaya tidak hilang fokus dan sentiasa berwaspada demi kesihatan dan keselamatan diri, ahli keluarga serta masyarakat kerana kesan gelombang keempat penularan wabak Covid-19 jika berlaku juga akan mengancam dan meruncingkan lagi ekonomi negara serta sosio ekonomi rakyat jelata.

Baginda juga menzahirkan kegusaran berikutan laporan terkini berkenaan penutupan beberapa sekolah akibat penularan Covid-19 dan kadar pematuhan SOP di beberapa majlis keraian dan bazar Ramadan di beberapa negeri masih belum mencapai tahap memuaskan.

“Turut membimbangkan apabila ada laporan yang menyatakan hosiptal swasta di Lembah Klang kini mengalami kekurangan katil bagi menampung jumlah pesakit susulan peningkatan kes Covid-19 sejak dua minggu lalu,” titah baginda.

Dilaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut meramalkan bahawa kes harian Covid-19 di negara ini boleh meningkat melebihi 3,000 selepas Aidilfitri sekiranya kurang pematuhan SOP yang secara langsung boleh meningkatkan nilai kebolehjangkitan.

Baginda juga mengingatkan rakyat supaya membuat pemeriksaan dan rawatan jika bergejala dan mengasingkan diri jika disahkan positif atau ditakrifkan sebagai kontak rapat sekalipun tidak bergejala.

“Rakyat sewajarnya jujur pada diri sendiri dan masyarakat dengan mematuhi arahan kuarantin dan SOP bagi mengelak kemudaratan kepada masyarakat serta negara,” katanya.

Baginda menzahirkan keyakinan bahawa dengan kerjasama dan komitmen tinggi antara rakyat dan kerajaan, kita mampu sekali lagi melandaikan penularan jangkitan Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
Trauma melampau tanda gangguan mental
July 4, 2022
Isteri pelakon utama filem Anwar fail nusyuz
July 20, 2023
Zakat dalam talian dijangka RM30 juta: Maybank
April 29, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok