Agong ajak rakyat berhijrah, patuhi Pelan Pemulihan Negara hadapi Covid-19

August 9, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak seluruh rakyat Malaysia bekerjasama dengan mematuhi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merupakan strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik Covid-19.

Dalam titah baginda sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2021/1443 hari ini, baginda turut mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk melakukan hijrah dalam mendepani pandemik itu.

Pada sambutan yang diadakan secara hibrid di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Al-Sultan Abdullah bertitah peristiwa hijrah telah memberi panduan yang jelas berkenaan erti sebuah pengorbanan dan kejayaan yang terpahat dalam lipatan sejarah.

Bersempena dengan tema sambutan ‘Manhaj Rabbani Umat Berkualiti,’ Seri Paduka menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit bersama-sama untuk mengukuhkan perpaduan, menjaga kesihatan, mematuhi SOP yang ditetapkan demi negara tercinta.

“Beta berkeyakinan negara pasti akan berjaya keluar dari apa juga kemelut yang melanda jika semua terus berpadu tenaga dan mengamalkan sifat-sifat terpuji Baginda Nabi Muhammad SAW,” titah Al-Sultan Abdullah.

Memetik laporan Bernama Seri Paduka bertitah antara sifat mulia Nabi Muhammad yang wajar diikuti ialah bersifat benar dalam semua perkataan dan perbuatan, bersifat jujur, dipercayai dan juga bijaksana dalam menyampaikan dakwah.

Menghalusi sirah Nabi Muhammad, jelas membuktikan Baginda sebagai seorang pemimpin yang beretika tinggi dengan akhlak yang mulia merangkumi sifat-sifat integriti, kejujuran dan amanah dan ia begitu sebati sehingga Baginda diberi gelaran ‘Al-Amin.’

Dalam aspek pentadbiran dan pembuatan keputusan, Nabi Muhammad mengamalkan sikap terbuka dan sentiasa mendengar buah fikiran ramai menerusi konsep ‘syura.’

“Kerana itu Baginda sentiasa membuka ruang yang seluas-luasnya untuk bermesyuarat, berbincang dan mendengar pandangan dalam setiap perkara yang berkaitan dengan kebajikan dan kemaslahatan ummah,” titah Seri Paduka.

Sifat diri Nabi Muhammad turut meliputi sifat tawaduk dan sentiasa mengagungkan kehebatan Allah SWT, yang menjadikan Baginda seorang pemimpin yang tidak terpengaruh dengan sifat tamak yang boleh mengundang gejala rasuah, tipu muslihat dan sifat mementingkan diri sendiri dengan kebesaran dunia seperti pangkat, harta dan kedudukan.

Titah Seri Paduka, Nabi Muhammad turut berusaha menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan semua itu bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang boleh merangsang sebuah pentadbiran negara yang beretika dengan nilai-nilai yang murni.

“Ciri-Ciri kepimpinan ini telah berjaya membentuk sebuah negara Islam yang dijulang tinggi dan disegani. Nabi Muhammad SAW adalah merupakan sebaik-baik ‘role model’ untuk diteladani dan diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah hijrah dan pembinaan negara saling berkait rapat antara satu dengan yang lain.

“Sesungguhnya menghayati hijrah bukan sahaja berupaya membentuk akhlak yang mulia malahan ia turut berupaya dijadikan asas pembentukan sebuah negara,” titah Seri Paduka.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok