Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen

June 30, 2022 · Isu semasa

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengisytiharkan pembayaran agihan pendapatan berjumlah RM300 juta untuk dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022.

Pembayaran itu bersamaan 4.25 sen seunit kepada 308,197 pemegang unit yang kini memiliki 7.06 bilion unit, kata Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam satu kenyataan hari ini.

ASNB merupakan syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB, lapor Bernama.

Menurut PNB, pengagihan pendapatan ASB 3 Didik mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada 1.89 peratus sebanyak 236 mata asas.

Sehingga 24 Jun 2022, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM412.65 juta, diperoleh daripada keuntungan yang direalisasi, dividen serta pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.

Pelaburan antarabangsa masih merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan sebanyak 23 peratus dan kekal melebihi 20 peratus daripada keseluruhan portfolio, kata PNB.

“Walaupun pasaran menghadapi pergolakan dan ancaman inflasi, PNB kekal teguh dalam memajukan kesejahteraan pemegang unit dengan mengagihkan pulangan yang mampan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu,” katanya.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 3 Didik adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi dana tersebut.

Pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Julai, 2022.

Sementara itu, urus niaga ASB 3 Didik telah ditangguhkan buat sementara waktu di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua platfom digital dan perbankan internet dari 23 hingga 30 Jun, 2022.

Bagaimanapun, PNB berkata pemegang unit boleh melakukan urus niaga semula di portal myASNB (www.myasnb.com.my) atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Julai, 2022.

Berita berkaitan
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023· Isu semasa
ASNB umum agihan pendapatan lima sen seunit ASB
December 23, 2021· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok