Agihan kerusi PH-BN dimuktamadkan pada hujung Mac

February 26, 2023 · Isu semasa

Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia dijangka mengumumkan hasil rundingan pembahagian kerusi antara parti dalam gabungan itu bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN), sebelum hujung Mac ini.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil berkata ia mungkin diumumkan lebih awal kerana rundingan secara tidak rasmi mengenai pembahagian kerusi di enam negeri yang bakal mengadakan PRN, iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan, sudah berlangsung agak lama, lapor Bernama.

“Proses (rundingan) itu sedang berjalan dan saya rasa ia akan dimuktamadkan (secara rasmi) melalui Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang terbentuk beberapa bulan lepas.

“…namun, tidak semestinya semua negeri diumumkan secara serentak, mungkin ada sesetengah negeri akan diumum terlebih dahulu,” kata Menteri Komunikasi dan Digital itu kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemantapan Penerangan PKR Selangor, di sini hari ini.

Pada 22 Feb lepas, menteri besar dan ketua menteri dari enam negeri tersebut mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun bagi memberi laluan kepada PRN.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilapor berkata kesepakatan itu dicapai ketika sesi minum petang di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 baru-baru ini.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok