Agensi pemudah cara perlu terus bantu PMKS: Tengku Zafrul

September 26, 2022 · Isu semasa

Agensi pemudah cara kerajaan bagi sektor perniagaan perlu terus bersedia untuk membantu kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mempertahankan pemulihan yang telah dicapai pada tempoh pasca-pandemik.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata agensi terbabit seperti Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC), secara kolektif dapat membantu dalam memastikan PMKS Malaysia yang juga nadi ekonomi negara, untuk terus menyesuaikan diri serta maju dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah.

Beliau menegaskan, ini penting memandangkan Malaysia dijangka berdepan banyak cabaran dalam suku keempat serta 2023 akibat faktor seperti perang di Ukraine yang berterusan, dasar sifar Covid-19 China, pendekatan bank pusat atau Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menaikkan kadar faedah bagi menangani inflasi serta gangguan rantaian bekalan, menurut Bernama.

“‘Walau apa cabaran sekali pun, seperti yang telah terbukti ketika zaman pandemik, Insya-Allah kita akan dapat mencapai keberhasilan positif melalui usaha sama kita membantu sektor perniagaan untuk bertahan dan bangkit semula,’’ katanya dalam ucap tama pada majlis pemeteraian kerjasama antara CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd dengan SJPP dan CGC di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, pada 11 September lalu, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan moratorium kepada sektor PMKS, yang kini turut terjejas dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara.

Katanya, kenaikan OPR mengakibatkan pengusaha PMKS akan menanggung beban hutang yang lebih tinggi dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih pasca Covid-19.

Muhyiddin berpendapat walaupun menyediakan moratorium baharu kepada IKS terbabit, institusi kewangan tidak mengalami kerugian yang besar.

Mengulas lanjut Tengku Zafrul berkata kerajaan juga yakin ekonomi Malaysia mampu mencapai unjuran rasmi keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus bagi tahun ini.

Malah, katanya, kerajaan turut optimis prestasi ekonomi pada suku ketiga tahun ini akan terus kukuh berdasarkan petunjuk ekonomi semasa yang positif selepas prestasi memberangsangkan 8.9 peratus pada suku kedua.

Menyentuh Bajet 2023, beliau berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif, mencapai ketahanan serta daya saing yang tinggi melalui penerapan teknologi yang inovatif.

Pada masa sama, kerajaan akan turut menaik taraf pembangunan modal insan serta tenaga kerja PMKS negara ini, kata beliau.

“Dalam soal membina daya tahan ini, (aspek) automasi serta pendigitalan juga penting dan perkara ini pastinya akan terus diberi penekanan dalam Bajet 2023,’’ katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
December 5, 2022· Rencana
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
December 2, 2022· Politik
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
1 jam lalu · Isu semasa
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
4 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
16 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
18 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok