Agensi pelancongan rayu kerajaan pertimbang keputusan tangguh umrah

January 1, 2022 · Isu semasa

Beberapa persatuan agensi pelancongan meminta kerajaan agar mempertimbangkan semula keputusannya menangguhkan perjalanan rakyat negara ini untuk mengerjakan ibadah umrah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata penangguhan itu akan menyebabkan bakal jemaah umrah yang telah membuat tempahan dan pembayaran kepada agensi pelancongan menanggung kerugian kewangan besar, menurut laporan Bernama.

“Sebelum dapat visa umrah, agensi perlu membuat pembayaran melalui sistem e-wallet yang disediakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, selepas bayar untuk kos pengangkutan bas dan hotel barulah keluar visa umrah.

“Kalau ada berlaku penundaan di pihak Malaysia maka amaun yang telah dibayar tidak akan dikembalikan, serta agensi pelancongan tidak boleh membuat pembayaran semula kepada jemaah. Jadi diharap apa sahaja kerugian ditanggung oleh jemaah dan agensi wajar diambil kira,” katanya pada sidang media hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham, Setiausaha Agong Kehormat Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) Ab Rahman Mohd Ali dan Naib Presiden Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Mohd Azri Abd Razak.

Sementara itu Setiausaha Agong Kehormat BUMITRA Ab Rahman berkata anggaran kos kerugian yang perlu ditanggung jemaah yang telah berdaftar ekoran penundaan itu dianggarkan sebanyak RM210 juta.

Menurutnya agensi perlancongan juga bakal berhadapan dengan tuntutan tribunal ataupun mahkamah sivil daripada bakal jemaah umrah, bagi menuntut bayaran yang telah dibuat akibat penangguhan perjalanan umrah terbabit.

“Untuk makluman, tuntutan bayaran balik untuk penangguhan umrah pada 18 Mac 2020 masih ada yang belum dapat diselesaikan, jadi penundaan yang baru diumumkan bakal memberi impak besar kepada agensi-agensi pelancongan,” katanya.

Sementara itu Presiden PAPUH Razali turut mencadangkan agar para jemaah umrah diberi keutamaan mendapat suntikan dos penggalak, sekiranya pihak kerajaan menarik semula keputusan penangguhan perjalanan jemaah umrah berkenaan.

“Kami juga memohon agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah kaunter ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sewaktu ketibaan jemaah dan menambah bilangan kakitangan KKM yang bertugas agar proses dipercepatkan,” katanya.

Semalam kerajaan memaklumkan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan ibadah umrah bermula 8 Jan bagi membendung penularan varian Omicron, susulan kebimbangan terhadap penularan varian berkenaan akibat ketidakpatuhan jemaah umrah kepada prosedur kuarantin di tempat kediaman.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok