Agensi bantah langkah kerajaan tangguh umrah, gesa ketatkan SOP

January 3, 2022 · Isu semasa

Kerajaan tidak sepatutnya membuat langkah tergesa-gesa dalam mengumumkan penangguhan umrah sehingga menjejaskan para jemaah, kata syarikat pengendali.

Syarikat pengendali umrah berkata notis sekurang-kurangnya sebulan diberikan kepada mereka sebelum membuat keputusan tersebut dan tindakan tergesa-gesa hanya memberi tempoh seminggu adalah tidak mencukupi.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ida Riswana Idris, berkata pengendali memerlukan masa yang mencukupi untuk menguruskan penyusunan semula urusan jemaah.

Dalam pada itu, beliau juga menyarankan agar kerajaan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat kepada jemaah berbanding menangguhkan kebenaran menunaikan umrah.

“Pengumuman ini mendadak, kita perlukan notis sekurang-kurangnya sebulan kerana ada banyak urusan perlu diuruskan.

“Kita maklum jemaah umrah paling ramai keluar negara kira-kira 11,000 orang, namun tidak adil untuk mengaitkan kes penularan varian Omicron dengan mereka,” katanya dipetik laporan BH.

“Saya cadangkan supaya kita laksanakan dulu kuarantin ketat yang dilaksanakan pusat kuarantin ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk jemaah pulang umrah berbanding tangguhkan kebenaran untuk umrah,” katanya.

Sabtu lalu, kerajaan memutuskan menangguhkan kebenaran mengerjakan umrah, bermula 8 Januari bagi membendung penularan varian Omicron COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia susulan kebimbangan penularan varian berkenaan, akibat ketidakpatuhan jemaah umrah kepada prosedur kuarantin di kediaman masing-masing menyebabkan berlakunya jangkitan dalam kalangan ahli keluarga.

Ida Riswana berkata, sebagai permulaan, SOP ketat itu dilaksanakan sebagai percubaan dalam sebulan dan jika terbukti berkesan, ia boleh diteruskan.

Katanya, kerajaan boleh ambil beberapa langkah pencegahan lain selain penangguhan umrah.

“Malah, Arab Saudi sendiri tidak menutup pintu sempadan sedangkan jumlah jangkitan di negara itu kini meningkat sehingga 1,000 kes sehari.

“Mengapa pula Malaysia menutup pintu untuk jemaah, bagaimana pula dengan warga kita yang terbang ke negara lain,” katanya.

Beliau juga percaya langkah penangguhan itu dibuat daripada gambaran yang salah kerana wakil pengusaha pengendali umrah tidak dilibatkan.

“Jumlah jemaah yang ramai sudah tentu menggambarkan ramai yang positif Covid-19, namun kebanyakan kes positif dikesan bukan di pintu masuk.

Beliau menjelaskan pada masa ini juga pihaknya menerima banyak panggilan daripada jemaah umrah meminta ditukarkan tarikh penerbangan lebih awal sebelum penangguhan umrah dikuat kuasa.

Katanya, ramai yang mahu diberikan penerbangan lebih awal supaya mereka dapat menunaikan umrah kerana bimbang penangguhan itu lebih lama.

“Hari ini saja berpuluh panggilan kita terima. Kami menerima kira-kira 8,000 tempahan untuk umrah sehingga Mei depan,” katanya.

Ditanya kesan langsung penangguhan itu, katanya, kebenaran umrah itu secara langsung menyebabkan kerugian kepada syarikat kerana tiket penerbangan sudah dibayar begitu juga penginapan jemaah di Arab Saudi.

“Bagi jemaah pula sudah tentu membabitkan kos kuarantin kerana dalam pakej kita kos itu tidak dimasukkan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
RUU Kawal Produk Tembakau dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
3 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
10 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
10 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
10 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok