Agenda Daily sertai misi kemanusiaan UMNO ke Palestin

June 19, 2021 · Isu semasa

Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) memulakan misi kemanusian Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) ke Tebing Barat yang diduduki secara haram oleh rejim Zionis Israel, dan Semenanjung Gaza yang ditadbir Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), awal pagi ini.

Misi diketuai Pengerusi BKUM, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim disertai Timbalan Pengerusi, Datuk Fathul Bari Mat Jahya dan tiga wartawan.

Jurugambar Agenda Daily, Hiekal Rosli turut dijemput menyertai rombongan berkenaan yang dijangka berada di wilayah bergolak itu selama dua minggu untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Misi bantuan itu dilepaskan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada majlis ringkas flag-off HM4P di Balai Pelepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah malam tadi.

Mereka akan menaiki pesawat Etihad Airways ke Amman, Jordan sebelum ke Tebing Barat dan seterusnya ke Baitulmaqdis yang menempatkan masjid ketiga suci dalam Islam, Masjidil Aqsa.

Pasukan kedua HM4P pula akan berlepas ke Kaherah, Mesir malam esok, sebelum disusuli pasukan ketiga yang terdiri daripada pakar perubatan dan doktor serta wakil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang dijangka berlepas minggu depan selepas semua kelulusan diperoleh, terutama daripada Kerajaan Mesir.

Difahamkan rombongan diketuai Azeez juga dijangka bertemu pasukan pendakwan terkenal, Ebit Lew di Mesir bagi menyelesaikan beberapa perkara sebelum memasuki Gaza menerusi pintu sempadan Rafah antara Mesir dan Semenanjung Gaza.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok