AGC nafi penularan berita palsu berhubung kes SRC Najib

July 8, 2022 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa berita “Pejabat Peguam Negara telah menetapkan yang perbicaraan SRC tidak sah kerana kesilapan prosiding” yang disebar, adalah sama sekali tidak benar dan palsu.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu menafikan bahawa AGC ada membuat ketetapan seperti yang dikatakan dalam kenyataan yang tersebar itu, lapor Bernama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan AGC, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan pendengaran rayuan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan didengar bermula 15 Ogos depan iaitu jabatan berkenaan akan hadir sebagai responden atau pendakwa raya dalam kes berkenaan.

Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa, jabatan itu akan meneruskan dengan rayuan kes tersebut dan akan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Najib dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Mahkamah Persekutuan merupakan jalan terakhir bagi Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengemukakan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan dana SRC International itu.

Berita berkaitan
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
12 jam lalu· Isu semasa
Najib pegang banyak jawatan untuk lakukan jenayah dalam SRC: Pendakwa
12 jam lalu· Isu semasa
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
13 jam lalu· Isu semasa
Najib tidak cuba lindungi kepentingan SRC, berniat lakukan jenayah: Pendakwa
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
9 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
10 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
11 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
11 jam lalu · Isu semasa
RM20.936 bilion disalur bagi Program Subsidi Upah: Zafrul
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok