AGC nafi miliki kertas siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan

August 21, 2022 · Isu semasa

Kertas siasatan terhadap hakim perbicaraan yang mendengar kes Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan RM42 juta firma milik kerajaan SRC International Sdn Bhd, tidak berada di Jabatan Peguam Negara (AGC), kata Tan Sri Idrus Harun.

“Ia tidak berada bersama kami. Saya tidak tahu. Ia bukan bersama kami,” katanya menurut MalayMail ketika ditemui selepas Simposium Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya, hari ini (21 Ogos 2022).

Minggu lalu, dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa dokumen yang kononnya kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, dikatakan telah dibocorkan dan menjadi viral.

Beliau berkata dokumen yang tular itu antara lain mendakwa wujud kesalahan mengikut Seksyen 220 Kanun Keseksaan membabitkan Mohd Nazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan.

Ahmad Maslan mendakwa AGC sudah menerima kertas siasatan kes Mohd Nazlan sejak tiga bulan lalu, selaras kenyataan SPRM pada 21 Mei yang mengesahkan siasatan itu sudah selesai dan diserahkan kepada AGC.

Ahli Parlimen Pontian itu dilaporkan berkata keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan untuk menolak permohonan Najib bagi menambah bukti baharu yang dikatakan ada kaitan dengan konflik kepentingan Mohd Nazlan, dan kertas siasatan SPRM mengenai hakim itu telah dihantar ke AGC sejak 18 Mei atau tiga bulan lalu.

Beliau kemudian berkata UMNO berpandangan bahawa “SPRM perlu mengesahkan atau menafikan kesahihan kertas siasatan yang telah menjadi tular”, dan bahawa “AGC perlu mengumumkan jika akan ada tindakan lanjut untuk kertas siasatan itu” .

Pada 21 Mei, SPRM mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan siasatan – yang dikatakan telah bermula pada Mac – dalam kes melibatkan Mohd Nazlan, dan berkata kertas siasatan telah dibentangkan kepada AGC pada 18 Mei untuk kajian dan arahan lanjut.

Dalam beberapa bulan sebelum perbicaraan rayuan SRC terakhir Najib di Mahkamah Persekutuan, dakwaan liar telah dibuat secara dalam talian terhadap Mohd Nazlan dalam apa yang dilihat sebagai cubaan merosakkan reputasinya.

Mohd Nazlan, bagaimanapun, telah membuat laporan polis berhubung artikel penulis blog dalam buruan Raja Petra Kamarudin pada 20 April yang mendakwa siasatan berhubung jumlah RM1 juta dalam akaunnya, dan menafikan “tuduhan palsu, tidak berasas dan berniat jahat” dalam artikel itu.

Berita berkaitan
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022· Isu semasa
MBSA nafi Datuk Bandar Shah Alam ditahan SPRM
September 30, 2022· Isu semasa
Bekas pegawai khas kepada bekas MB Johor didakwa palsukan slip gaji
September 27, 2022· Isu semasa
Kes berprofil tinggi juga disiasat SPRM, bukan bilis sahaja
September 27, 2022· Isu semasa
Popular
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
10 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
14 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
14 jam lalu · Isu semasa
249,646 murid dapat manfaat bekalan lokar di 626 sekolah: Radzi
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
11 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok