AGC kata saman Najib terhadap kerajaan satu serangan

March 1, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia berkata saman RM1.9 juta yang dikemukakan Datuk Seri Najib Razak terhadap kerajaan dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas adalah satu tindakan yang menyalahgunakan proses mahkamah dan wajar dibatalkan.

Saman berkenaan adalah berkaitan dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa Thomas melanggar kuasa dalam jawatan awam apabila mendakwanya di mahkamah dengan tuduhan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Bernama.

Dalam afidavit jawapan difailkan kerajaan bagi membatalkan saman Najib yang diikrarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, menyatakan bahawa tuntutan saman sivil Najib itu adalah satu serangan sampingan terhadap perbicaraannya di mahkamah jenayah.

“Saya sesungguhnya percaya tindakan plaintif (Najib) ini menyalahgunakan proses mahkamah bertujuan sebagai serangan sampingan terhadap pertuduhan jenayah terhadapnya, yang dibuat dalam bidang kuasa berbeza (mahkamah sivil),” kata Ahmad Akram dalam afidavit itu yang difailkan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mewakili kerajaan.

Menurutnya, dakwaan Najib bahawa terdapat perkembangan baharu dalam skandal penyelewengan dana 1MDB, perlu dibangkitkan dalam perbicaraan jenayah dan bukannya melalui saman.

Pada 22 Oktober 2021 Najib memfailkan saman terhadap Thomas dan kerajaan berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam kes 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, dan menuntut ganti rugi lebih RM1.9 juta.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, sebahagian daripada perbuatan yang telah dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia juga selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Beliau mendakwa, pada 2015, Thomas telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan kesalahan-kesalahan dan salah urus yang kononnya dilakukan kepada dana 1MDB dan turut menasihati Dr Mahathir supaya mengambil tindakan sivil dan jenayah terhadap Najib berhubung penglibatannya dalam 1MDB.

Sementara itu, Thomas dalam afidavit jawapannya pada 3 Februari lalu, menegaskan beliau menetapkan pertuduhan berkaitan 1MDB terhadap Najib selepas yakin bahawa ada kes yang kukuh.

Beliau berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyiasat dan menyediakan kertas siasatan mengikut undang-undang dan amalan sedia ada.

“Itulah sahaja pertimbangannya… Dakwaan bahawa saya membentuk pendapat mengenai Najib sudah bersalah sebelum saya memegang jawatan sebagai Peguam Negara lagi, adalah tidak benar.

Beliau berkata dalam apa jua keadaan, ia juga tidak relevan dengan kuasa budi bicaranya (untuk menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding mengenai suatu kesalahan) di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Begitu juga dalam apa jua keadaan, pendapat peribadi saya tidak relevan dengan penggunaan budi bicara saya untuk menetapkan pertuduhan terhadap beliau, salah satunya di mana beliau sudah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan,” dakwa Thomas.

Mahkamah Tinggi menetapkan 15 April untuk pengurusan kes itu.

Untuk rekod Najib pada 28 Julai 2020 telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes SRC International dan dihukum penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Rayuan Najib di Mahkamah Rayuan juga ditolak dan kini Najib menunggu perbicaraan kes rayuan itu di Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
8 jam lalu· Politik
Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan pada Julai
9 jam lalu· Isu semasa
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
9 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
12 jam lalu· Politik
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
41 minit lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
2 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok