AGC fail rayuan keputusan kes bunuh CEO Cradle Fun

June 23, 2022 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan.

Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Kami sedang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya menurut Bernama.

Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail ketika ditanya berkata notis rayuan telah difailkan melalui e-filing semalam.

Pihak pendakwaan mempunyai 14 hari untuk memfailkan notis rayuan agar Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 21 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Ab Karim Ab Rahman melepas dan membebaskan Samirah, 47 dan dua remaja yang kini berusia 19 dan 16 tahun, atas pertuduhan membunuh Nazrin, 45, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Dalam penghakimannya, Ab Karim memutuskan keterangan yang menunjukkan bahawa Samirah dan dua remaja adalah orang terakhir bersama si mati, tidak boleh dikatakan menjurus kepada kesalahan membunuh Nazrin.

Hakim juga memutuskan tiada bukti langsung yang menunjukkan bahawa mereka bertiga melakukan kesalahan (pembunuhan).

Samirah, serta dua remaja dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Berita berkaitan
Kertas siasatan Dr Mahathir dirujuk ke Peguam Negara Selasa ini
23 jam lalu· Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Kes saman RM150 juta Dr Mahathir: Anwar mohon lanjutan fail pembelaan lagi
May 31, 2023· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
10 minit lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
7 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
7 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok