AGC belum buat keputusan dakwa individu skandal kapal LCS TLDM

August 15, 2022 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membuat keputusan tidak lama lagi berhubung cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Jika AGC membenarkan cadangan yang dicadangkan SPRM, ia akan membawa kepada pendakwaan dan perbicaraan mereka yang terlibat dalam kegagalan itu.

Utusan memetik Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun sebagai berkata beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan itu tetapi akan tampil dengan keputusan tidak lama lagi.

“AGC akan membuat keputusan tidak lama lagi, oleh itu, harap bersabar dengan kami,” akhbar harian itu memetiknya sebagai berkata pada Isnin (15 Ogos).

Terdahulu, akhbar harian itu melaporkan bahawa seorang pengarah operasi adalah individu yang menarik perhatian SPRM dalam siasatan projek LCS.

Akhbar berkenaan memetik sumber SPRM sebagai berkata pengarah operasi terbabit dianggap sebagai orang yang “sangat penting” dalam perolehan LCS di mana tidak satu pun daripada enam kapal telah disiapkan walaupun tempoh masa 10 tahun.

Menurut sumber SPRM, keputusan untuk mendakwa orang berkepentingan itu dibuat selepas penyiasat projek LCS menemu bual 35 saksi.

“Kesemua yang dipanggil SPRM dipercayai membabitkan individu dari Kementerian Pertahanan dan syarikat korporat yang ditawarkan projek LCS.

“Keterangan juga diambil melibatkan syarikat swasta di dalam dan luar negara,” kata sumber itu.

Sebelum ini, kerajaan menggesa SPRM dan AGC segera bertindak berhubung pendedahan kepincangan projek LCS itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan selepas ia dibincangkan secara terpe­rinci dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki juga sebelum ini memaklumkan siasatan projek perolehan berkenaan telah lama dijalankan pihaknya.

Skandal terbaharu yang menggegarkan negara setelah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sekali gus menumbangkan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), meletus susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu.

Dalam pendedahan itu PAC berkata kerajaan BN/UMNO telah memberikan lebih RM6 bilion wang rakyat kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk projek pembinaan enam kapal LCS, yang keseluruhannya bernilai lebih RM9 bilion.

Berita berkaitan
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022· Isu semasa
MBSA nafi Datuk Bandar Shah Alam ditahan SPRM
September 30, 2022· Isu semasa
Bekas pegawai khas kepada bekas MB Johor didakwa palsukan slip gaji
September 27, 2022· Isu semasa
Kes berprofil tinggi juga disiasat SPRM, bukan bilis sahaja
September 27, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
10 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
11 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
12 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok