AG sahkan sedang teliti kertas siasatan hakim dalam kes SRC Najib

May 23, 2022 · Isu semasa

Kertas siasatan yang dihantar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan hakim dalam kes perbicaraan rasuah dana SRC International Sdn Bhd (SRC) dihadapi Datuk Seri Najib Razak sedang diteliti Jabatan Peguam Negara.

Perkara itu disahkan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun selepas SPRM dalam kenyataan sebelum ini mengakui sudah menyerahkan laporan siasatan tersebut kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu dan kini menunggu arahan selanjutnya.

Untuk rekod, Mohd Nazlan sebelum ini didakwa mempunyai wang RM1 juta dalam akaun peribadinya.

“Pihak saya sedang meneliti kertas siasatan tersebut,” kata Idrus dipetik laporan Utusan Malaysia.

Pada 23 April lepas, akhbar tempatan melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan sudah memulakan siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya berikutan laporan rasmi yang dibuat berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Mohd Nazlan yang mendengar kes Najib dan mensabitkan bekas perdana menteri itu dengan pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC, telah membuat laporan polis berhubung artikel berita yang mendakwa beliau sedang disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 21 April memaklumkan bahawa Mohd Nazlan menafikan dakwaan palsu, tidak berasas dan berniat jahat itu yang bertujuan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang hakim serta mengganggu pentadbiran keadilan jenayah dan badan kehakiman.

Berita berkaitan
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
2 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
7 jam lalu· Politik
Kes Teoh Beng Hock: Hakim tarik diri dengar semakan kehakiman
June 6, 2023· Isu semasa
Sita akaun, Bersatu kemuka permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman
May 30, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
21 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok