ADUN Selangor bersama rombongan rentas negeri dibebas dengan jaminan polis

July 19, 2021 · Isu semasa

Polis membebaskan dengan jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Selangor, Bryan Lai Wai Chong bersama rombongan 29 individu lain yang ditahan semalam kerana disyaki menceroboh Hutan Simpan Ulu Jelai di Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata ADUN Teratai dan rakannya dibebaskan kira-kira 3 pagi, selepas diambil keterangan.

“Bagi pihak polis, siasatan dilakukan kerana kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran manakala dakwaan memasuki hutan simpan tanpa kebenaran disiasat oleh Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP),” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Semalam, JPNP mengesahkan semua suspek yang beralamat di Kuala Lumpur dan Selangor itu ditahan pada 8 pagi di Kampung Rakoh, Pos Lenjang kerana didakwa memasuki hutan simpan berkenaan dengan menggunakan 11 kenderaan pacuan empat roda tanpa kebenaran pada Sabtu lepas.

Mereka termasuk tujuh wanita difahamkan masuk ke hutan itu atas alasan memberi bantuan makanan kepada Orang Asli, sedangkan pemeriksaan JPNP dan Pusat Kawalan Operasi Bencana mendapati tiada kelulusan dikeluarkan bagi tujuan tersebut.

Terdahulu, kontroversi sama melibatkan ADUN dari Selangor, Ronnie Liu yang merentas negeri untuk membela pekebun haram di Raub baru-baru ini.

Pada 5 Julai lalu, Liu merentas negeri dari Selangor ke Pahang bagi mempertahankan pekebun durian haram yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Raub.

Tidak pasti tujuan ADUN Sungai Pelek itu hadir ke perkarangan mahkamah tersebut ketika sekatan rentas negeri sedang dilaksanakan, bagaimanapun dalam satu video yang tular beliau didapati bertegang urat dengan pihak berkuasa yang sedang bertugas semasa pekebun tersebut sedang dibawa turun daripada trak polis.

Turut kelihatan dalam video tersebut Ahli Parlimen DAP Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang cuba menenangkan Liu daripada meneruskan provokasi.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok