Adun Lembah Jaya pengerusi baharu SPNB

April 5, 2021 · Isu semasa

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang baharu berkuat kuasa 2 April.

Menurut kenyataan SPBN, Haniza yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perumahan dan Hartanah Selangor, adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Senibina Universiti Sheffield, United Kingdom dan berpengalaman luas dalam pembangunan perumahan negara.

Beliau juga pernah menjadi Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor yang berperanan menyediakan 30,000 unit Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) menjelang tahun 2023 dan setakat ini, sebanyak 10,615 unit telah siap dibina.

Jawatan Pengerusi SPNB kosong selepas penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman yang juga Ahli Parlimen Gerik, meninggal dunia pada 16 November tahun lalu.

Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
3 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
3 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok