ADUN Johor tampil menafikan tuduhan gangguan seksual

January 18, 2022 · Isu semasa

Susulan pengesahan polis Johor sedang menyiasat satu laporan berhubung seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dituduh melakukan gangguan seksual, akhirnya individu yang didakwa itu tampil membuat penafian.

ADUN Sediri, Rasman Ithnain menafikan berhubung tuduhan membuat gangguan tersebut selepas tular laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita terhadapnya dalam media sosial, sambil mendakwa ia satu konspirasi untuk menjatuhkannya sebagai wakil rakyat.

“Saya dengan ini menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan di dalam laporan dan menyatakan ini adalah satu konspirasi politik, fitnah dan merupakan satu cubaan untuk menjatuhkan maruah serta mencalar reputasi saya selaku seorang wakil rakyat.

“Saya juga bersedia memberi kerjasama penuh sepanjang proses siasatan berjalan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan,” katanya dalam kenyataan mengulas laporan polis dibuat wanita terbabit.

Rasman berkata, beliau telah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan imejnya sebagai wakil rakyat.

“Saya dengan ini menegaskan bahawa konspirasi politik seperti ini tidak akan sesekali melemahkan semangat saya untuk berjuang dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya melalui mandat rakyat,” katanya.

Terdahulu polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berusia 26 tahun yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang ADUN Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu daripada wanita terbabit di Balai Polis Kota Tinggi pada 11.30 pagi Isnin.

Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.

Wanita itu, yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor, mendakwa beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok