ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun

May 23, 2022 · Isu semasa

Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Juruiring (ADC) kepada Perdana Menteri (PM) akan kembali bertugas bersama pasukan pada 1 Jun.

Nik Ezanee mengesahkan sudah mendapat penempatan di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, ia selepas hanya beberapa bulan sempat bekerja bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menurut laporan Utusan Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain @Abd Rasid juga dilaporkan mengesahkan perkara tersebut dan menjelaskan pertukaran berkenaan bukan sahaja melibatkan Nik Ezanee sebaliknya beberapa lagi pegawai kanan.

“Ya, arahan pertukaran sudah dikeluarkan. Dia (Nik Ezanee) akan memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa JPJKK di Bukit Aman.

“Lagipun, sekarang sudah ada pegawai baharu yang telahpun ganti dia di PMO (Pejabat Perdana Menteri),” jelasnya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Menurut laporan media sebelum ini, Nik Ezanee berkata sudah memaklumkan perkara tersebut kepada Ismail Sabri berhubung keputusannya tersebut dan sangat memahami berhubung situasi dihadapinya.

“Saya bercakap dengan Perdana Menteri pada 2 April, dan saya memberitahu kemahiran dan bakat saya lebih baik digunakan di lapangan, kerana ia adakah kepakaran saya,” katanya dipetik laporan media, portal The Vibes baru-baru ini.

Nik Ezanee kemudiaan berkata lagi, “Perdana Menteri sangat memahami dan beliau berkata tidak mempunyai masalah dengan permintaan saya. Jadi, pada hari sama, saya memasukkan (permintaan dalam sistem) untuk perpindahan.”

Bagaimanapun timbul spekulasi berlainan berhubung isu perpindahan tersebut, menurut sumber ia melibatkan beberapa isu berhubung pentadbiran dalam pejabat PM yang dikatakan bermasalah.

Untuk rekod, Agenda Daily juga sebelum ini disaman hanya kerana ulasan dan analisa politik yang dikeluarkan tidak memihak kepada Ismail Sabri.

Agenda Daily juga sudah menghantar afidavit dan pernyataan pembelaan berhubung saman yang dikemukakan oleh peguam Ismail Sabri.

Nik Ezanee merupakan sebahagian daripada rombakan melibatkan lima pegawai kanan polis pada Disember tahun lepas.

Beliau dilantik sebagai Ketua JSJ Selangor pada 12 April 2021. Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya selama setahun lebih.

Nik Ezanee terkenal dengan sikap bersederhana dan pemurahnya yang sentiasa membantu masyarakat yang menghadapi kesusahan.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok