Adakah Rosmah akan ikut Najib ke penjara atau tidak diketahui esok

August 31, 2022 · Isu semasa

Esok (Khamis, 1 September 2022), sekiranya mahkamah memutuskan menerima pembelaan dirinya, maka Datin Seri Rosmah Mansor akan dibebaskan daripada tiga tuduhan meminta suapan RM187.5 juta dan menerima suapan masing-masing berjumlah RM1.5 juta serta RM5 juta berkaitan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Namun, jika mahkamah memihak kepada Rosmah, pihak pendakwaan boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Sebaliknya, jika pembelaannya gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan, Rosmah berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun bagi setiap tuduhan dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, yang juga digelar ‘First Lady Of Malaysia’ boleh memohon untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Esok, selepas hampir empat tahun perbicaraan, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan, akan membuat keputusan penghakiman terhadap kes itu.

Hakim Mohamed Zaini dijadual membuat keputusannya pada jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Rosmah telah memfailkan permohonan saat akhir untuk menyingkir Mohamed Zaini daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kes itu.

Permohonan itu difailkan pada Selasa (30 Ogos) atas alasan kononnya penghakiman kesnya bocor. Keputusan penghakiman itu disediakan oleh pihak lain yang telah tular di media sosial pada 26 Ogos.

Difahamkan, esok Mahkamah Tinggi akan menangani permohonan itu terlebih dahulu.

Rosmah sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah melibatkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Rosmah pada 15 November 2018, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini antara Mac dan April 2016.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di Nombor 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek sama di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.

Semua kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari tahun lalu.

Rosmah diperintah membela diri pada 18 Februari 2021 terhadap tiga tuduhan rasuah selepas Mohamed Zaini memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Ketika membela diri pada 5 Oktober 2021, Rosmah yang penuh beremosi dan tidak dapat menahan sebak menyifatkan tuduhan terhadapnya adalah pendakwaan terpilih dan zalim, kejam serta berniat jahat.

Ketika memerintahkan Rosmah membela diri pada 18 Februari tahun lalu, Mohamed Zaini turut memutuskan bahawa rakaman audio dan transkrip mengandungi ayat “Can I advise you something?” turut diterima sebagai bukti dalam perbicaraan kes berkenaan.

Rakaman audio itu dipercayai sebagai sebahagian daripada perbualan di antara Rosmah dan Najib yang dimainkan oleh pihak pendakwaan ketika perbicaraan.

Pendakwaan dalam hujah mereka sebaliknya menyatakan bahawa tuduhan terhadap Rosmah sudah berjaya dibuktikan dan untuk diputuskan oleh mahkamah tanpa sebarang keraguan munasabah. Ini adalah kerana pembelaan Rosmah adalah penafian kosong semata-mata dan tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
16 jam lalu· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
16 jam lalu· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
9 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
16 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
16 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok