Adakah Anwar mahu Peguam Negara baharu yang dipilih dan sokong UMNO?

Tindak-tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agak pelik kebelakangan ini dan pendiriannya seakan-akan selari dengan kluster mahkamah dalam UMNO yang mahu Peguam Negara baharu dilantik bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun.

Persoalan yang menjadi tanda tanya ramai pihak, adakah Anwar masih meneruskan kerjasama dengan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi walaupun sudah ditipu sebelum ini dengan membuat desakan terhadap Peguam Negara supaya digantikan dengan orang baharu?

Untuk rekod, Idrus dilantik semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik serta beramanah apabila tidak berkompromi dalam kes-kes mahkamah berprofil tinggi melibatkan kluster mahkamah yang sedang dibicarakan ketika ini.

Anwar dan blok pembangkang nampaknya tidak berpandangan jauh, sekiranya Idrus digantikan pasti Peguam Negara baharu yang dipilih nanti adalah yang akan memihak kepada kluster mahkamah dan adakah pembangkang mahu mengambil risiko tersebut.

Ini bukan kali pertama Anwar dan pengikut fanatiknya membuat kesilapan bodoh, malah sebelum ini juga mereka terlalu yakin kononnya memiliki majoriti untuk menjadi Perdana Menteri (PM) tapi sebaliknya yang berlaku adalah UMNO kembali menjadi dominan di Putrajaya.

Secara tidak langsung, desakan Anwar dan blok pembangkang itu menunjukkan kesanggupan mereka menerima Peguam Negara baharu yang akan dipilih UMNO dan ia membuktikan mereka sanggup bersekongkol untuk membebaskan kluster mahkamah yang sudah semakin tersepit ketika ini.

Lebih baik sekiranya blok pembangkang membuat analisa risiko atau penilaian terhadap implikasi yang akan berlaku sekiranya Peguam Negara baharu dilantik, bagaimana jika pengganti tersebut adalah seseorang yang mempunyai latar belakang terkait dengan pemimpin UMNO dan bersimpati dengan kluster mahkamah sehingga akan membebaskan mereka daripada pertuduhan jenayah yang sedang dihadapi di mahkamah ketika ini.

Sudah cukuplah blok pembangkang dihina rakyat kerana kebodohan mengikut telunjuk Anwar, sampai bila mahu menjadi lembu dicucuk hidung seorang pemimpin yang asyik mengejar cita-cita peribadinya untuk menjadi PM.

Usul percaya di Dewan Rakyat sama ada akan dibentang atau tidak bukan soal mustahak sekarang ini, lebih penting ketika ini adalah membincangkan soal kebajikan dan kepentingan rakyat yang sedang berdepan krisis kesihatan paling teruk dalam sejarah dunia.

Sampai bila rakyat perlu berdepan dengan kemelut politik tidak berkesudahan dan melihat drama ahli-ahli politik yang bercakaran merebut kuasa.

Blok pembangkang dan Anwar sejak PM baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah juga seakan sudah kehilangan idea dalam memperjuangkan nasib rakyat, malah tidak ada lagi ulasan-ulasan serta idea yang bernas untuk membela nasib rakyat.

Tiada lagi tuntutan-tuntutan yang sebelum ini pembangkang canangkan kepada rakyat untuk dibawa kepada pihak kerajaan.

Yang disibukkan sekarang oleh Anwar dan blok pembangkang sekarang adalah lebih kepada isu pembukaan Parlimen pada 13 September ini, adakah mahu dimalukan sekali lagi selepas Anwar gagal menjadi PM kesembilan?

Keabsahan atau tidak, lantikan Ismail Sabri adalah mengikut lunas Perlembagaan dan sudahpun mengangkat sumpah.

Lebih baik blok pembangkang mencari titik persamaan untuk membawa negara dan rakyat keluar daripada belenggu Covid-19, bukan berpolitik 24 jam hanya semata-mata kerana Anwar tidak dapat jadi PM baharu.

Belajarlah menerima realiti dan hakikat bahawa mereka tidak ada majoriti yang cukup untuk mengangkat individu bernama Anwar untuk menjadi PM.

BERITA BERKAIT
POPULAR