Ada tiga penghuni Rumah Bonda nampak Siti Bainun dera Bella, kata saksi

September 14, 2022 · Isu semasa

Rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terdapat tiga penghuni rumah kebajikan itu nampak Siti Bainun Ahd Razali mendera remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella di sebuah unit kondominium tahun lepas.

Pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, 39, berkata mereka ialah “Eyna, Aida dan Balqis” yang tinggal bersama Siti Bainun dan Bella semasa kejadian itu berlaku, lapor Bernama.

Saksi pendakwaan pertama itu, yang dipanggil semula untuk memberi keterangan berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun tersebut.

Mohammad Farhan: Selain Yasmin (Yasmin Nahar Mahmood) dalam pengetahuan anda, tidak ada seorang pun yang pernah nampak Siti Bainun mendera Bella.

Zurianty: Tidak setuju.

Mohammad Farhan: Maksudnya, puan tahu wujudnya individu lain selain Yasmin yang nampak Siti Bainun mendera Bella.

Zurianty: Ya

Yasmin dalam keterangan sebelum ini memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau nampak Siti Bainun telah mendera Bella setiap hari sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

Menjawab soalan seorang lagi peguam Siti Bainun, Nurul Hafidzah Hassan, saksi berkata beliau mengenali aktivis bernama Mona Din dan pernah berkomunikasi dengan wanita itu buat kali pertama di Facebook.

Zurianty berkata beliau terkejut video kecederaan Bella ditularkan oleh aktivis berkenaan di Facebook dan beliau tidak pernah memberikan video berkenaan kepada Mona Din serta tidak menyokong tindakan wanita itu menularkan kes tersebut di media sosial.

Bagaimanapun, Zurianty mengakui beliau ada memasukkan hantaran berkenaan kes Bella di Facebook miliknya.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.

Berita berkaitan
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
7 minit lalu· Isu semasa
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
11 jam lalu· Politik
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok