Ada mangsa banjir buat tuntutan walaupun tiada barang rosak: PM

January 25, 2022 · Isu semasa

Kelewatan pemberian bantuan kepada mangsa bencana banjir timbul susulan terdapat tuntutan bantuan yang tidak selaras dan dikesan tidak mengikut peraturan ditetapkan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata kerajaan sedang mengkaji secara holistik pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) agar dipercepatkan, bagaimanapun mendedahkan terdapat juga mangsa banjir yang membuat tuntutan walaupun tiada kerosakan harta benda.

“Ada beberapa isu timbul berhubung BWI apabila kita mengumumkan bahawa mereka yang tidak berpindah tetapi terkesan banjir, boleh diberikan bantuan itu. Ramai yang memohon dan agak meragukan.

“Ada yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi ke rumah saudara-mara. Mereka turut menuntut walaupun tiada kerosakan dan sebagainya,” katanya hari ini.

Awal pagi ini, Ismail Sabri menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Ismail Sabri juga memberitahu senario banjir yang berlaku di Selangor baru-baru ini apabila terdapat mangsa rumah banjir di rumah pangsa yang tidak mengalami kerosakan harta benda tetapi turut membuat tuntutan bantuan tersebut yang dikesan oleh pihak Jawatankuasa Khas Pascabanjir.

“Ada pula yang menuntut bantuan peralatan barangan rosak hingga RM2,500 walaupun didapati tiada barang rosak. Misalnya di Selangor, ada yang tinggal di rumah pangsa, hanya tingkat satu ditenggelami banjir tetapi mereka yang di tingkat lima turut membuat tuntutan.

“Oleh itu, ada kelewatan mengagihkan bantuan ini untuk kita mengesahkan tuntutan berkenaan. Alhamdulillah, isu banjir ini selesai dan masalah yang dibangkitkan diuruskan dengan baik,” katanya lagi.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan menyediakan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan tidak serius.

Bagi kerosakan serius, kerajaan akan mengurus baik pulih kediaman dengan kos sehingga RM15,000 manakala rumah yang musnah dan tidak boleh diduduki, bantuan sehingga RM56,000 akan diberikan untuk setiap unit rumah dibina baharu.

Bencana banjir pada Disember tahun lalu menjejaskan kehidupan ribuan orang ramai dan banyak kerosakan harta benda yang berlaku.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok