Ada apa dengan pelitup muka SIRIM?

April 16, 2022 · Isu semasa

Kecoh dalam media sosial apabila kerajaan mengumumkan pelitup muka bukan perubatan perlu ada cop SIRIM.

Penguatkuasaan yang sepatutnya mula dilaksanakan pada 5 Julai depan bagaimanapun ditangguhkan kerajaan kepada 1 Januari 2023 selepas mendapat ‘tentangan’ hebat daripada pengguna.

Seiring dengan pengumuman berkenaan, semua mempersoalkan sama ada pelitup muka berkenaan akan membuatkan seseorang itu tidak akan dijangkiti Covid-19 kerana kualiti dan keselamatan tinggi.

Malah ada juga pihak yang mempertikaikan kenapa selepas dua tahun bergelut dengan Covid-19 dan ketika negara berada pada fasa peralihan endemik baru ‘undang-undang’ berkenaan mahu dilaksanakan.

Mengikut kerajaan, tujuan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada cop SIRIM bagi mengatasi lambakan barangan tersebut yang tidak berkualiti di samping menjaga kesejahteraan pengguna.

Kita tidak mempertikaikan alasan itu, malah tiada siapa mempertikaikan keperluan menggunakan pelitup muka yang kita semua tahu salah satu ‘perisai’ mengelakkan daripada dijangkiti virus pembunuh itu.

Bagaimanapun bolehkah pihak berkuasa memberi jaminan bahawa harga tidak akan naik dan pengguna tidak terbeban.

Bagi yang mampu, Alhamdulillah, namun bagi kumpulan B40, M40 yang kini bergelut dengan kenaikan harga barang, sudah pasti tertekan.

Ketika ini, tiada hari tanpa pelitup muka sama ada ke sekolah, tempat kerja, pasar termasuk bersiar-siar sejak kerajaan mewajibkan penggunaannya pada Ogos 2020.

Mengikut perkiraan, sehari seorang perlu keluarkan belanja antara 40 sen hingga RM2 untuk sekeping pelitup muka. Malah harga itu mungkin lebih mahal mengikut reka bentuk, kualiti dan pengeluar.

Bayangkan jika satu keluarga terdiri daripada lima orang dan kesemuanya bersekolah dan bekerja, berapa wang yang perlu dikeluarkan dalam sehari? Harga yang perlu dibayar untuk tujuh hari dan sebulan.

Sebelum ini juga, terdapat kes individu yang membasuh pelitup muka kerana tidak mampu membeli barangan tersebut.

Pensyarah Program Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nurulilyana Samsuddin berkata, pelitup muka terdiri daripada lapisan hidrofobik, hidrofilik dan penapis.

“Lapisan hidrofobik adalah kalis air yang kebiasaannya bewarna biru diperbuat daripada bahan sintetik bukan tenunan seperti lapisan kapas dan lapisan hidrofilik pula diperbuat daripada kapas, campuran kapas atau polipropilena yang membenarkan serapan air berlaku.

“Jika pelitup muka dipakai secara berterusan, kita digalakkan menukar setiap empat hingga enam jam atau setelah pelitup muka menjadi lembab bagi mengelakkan kuman tersebar kepada pemakai,” katanya ketika ditemubual di konti radio Kelantan FM.

Tambah Nurulilyana, terdapat tujuh langkah mudah yang boleh diamalkan dalam menguruskan pelitup muka yang telah digunakan bagi mengelakkan penularan virus.

“Sebelum menyentuh atau membuka pelitup muka, basuh tangan terlebih dahulu dengan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman ‘hand sanitizer’.

Kedua, buka pelitup muka dengan hanya memegang tali atau memutuskan tali. Kemudian, lipat atau gulung pelitup muka ke arah dalam. Pastikan pelitup muka yang telah dilipat, diikat agar ia tidak diterbangkan angin.

Seterusnya balutkan dengan tisu atau kertas dan masukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang berplastik dan bertutup. Akhir sekali, pastikan anda membasuh tangan dengan sabun.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyarankan agar pelitup muka perlu disimpan dengan betul ketika hendak makan iaitu dengan meletakkannya di dalam beg plastik yang diikat dan sebelum dipakai semula, tangan perlulah dibersihkan dengan sabun terlebih dahulu,” ujarnya.

Berita berkaitan
Melaka keluar amaran lonjakan kes harian Covid-19, pakai pelitup muka
April 22, 2023· Isu semasa
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023· Isu semasa
Solat Aidilfitri: Umat Islam Perlis disaran pakai pelitup muka
April 18, 2023· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok