Acryl dilantik Ketua Polis Negara

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyampaikan watikah pelantikan Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. Foto kredit Kementerian Dalam Negeri

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu berkuat kuasa 4 Mei depan.

Beliau yang akan menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador menerima surat pelantikan KPN daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya pada Jumaat.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KPN antara Abdul Hamid dengan Acryl Sani dijadualkan berlangsung pada Isnin ini di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dato’ Sri Acryl Sani bakal menjadi KPN yang ke-13 dalam lipatan sejarah negara dan Polis Diraja Malaysia.

POPULAR