‘ACP Datuk Mohd Fazley’ lesap bersama RM140,679

February 21, 2022 · Isu semasa

Seorang ahli perniagaan dari Machang mengalami kerugian sebanyak RM140,679, selain turut mengakibatkan kerugian pada ibunya, selepas diperdaya sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata lelaki berusia lingkungan 20-an itu telah menerima panggilan telefon melibatkan beberapa orang suspek yang menyamar sebagai pegawai Telekom Malaysia (TM) serta pegawai polis berpangkat sarjan dan inspektor pada 11 Februari lalu.

Beliau berkata suspek mendakwa identiti mangsa digunakan untuk mendaftar talian membabitkan kes jenayah siber dan mangsa dikatakan turut terlibat dalam kes pengubahan wang haram melibatkan satu sindiket pelaburan, lapor Bernama.

“Mangsa yang menafikan penglibatannya telah dinasihatkan untuk meminta bantuan suspek berikutnya bernama ‘ACP Datuk Mohd Fazley’ yang berjanji akan membantu mangsa, selain turut diarahkan untuk menyerahkan maklumat perbankan internet iaitu nama pengguna dan kata laluan, serta nombor kad ATM dan nombor TAC akaun bank miliknya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Shafien berkata ahli perniagaan itu turut diminta untuk memberi maklumat akaun bank ibunya atas alasan bagi mengesahkan sama ada ibunya turut terlibat dengan kes-kes berkenaan.

Beliau berkata lelaki tersebut mendapati sebanyak 15 transaksi berjumlah RM140,679 telah dilakukan dari akaun bank miliknya serta hampir RM100,000 dari akaun bank ibunya, bagi tempoh 11 hingga 15 Februari lepas.

“Suspek mendakwa wang tersebut dipindahkan sementara ke Bank Negara Malaysia bagi tujuan siasatan dan akan dikembalikan semula sehingga menyebabkan mangsa berasa curiga apabila suspek telah menasihatkannya untuk membuat pinjaman bank,” katanya.

Menurut Shafien mangsa telah membuat laporan polis pada 15 Februari lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Saya ingin ingatkan kepada semua lapisan masyarakat supaya lebih berwaspada dengan sindiket Macau Scam yang sentiasa menukar watak antaranya menyamar sebagai pegawai dari bank, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mahkamah,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok