9,900 tempat di MRSM, tapi hampir 75,000 pelajar mohon untuk masuk

April 20, 2022 · Isu semasa

Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) menerima hampir 75,000 permohonan dari seluruh negara, untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tahun ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata jumlah itu adalah tinggi berbanding hanya 9,900 tempat yang mampu ditawarkan agensi itu, bagi pelajar yang memenuhi syarat dan kriteria pemilihan, lapor Bernama.

“Kita masih kekal kuota kemasukkan ke MRSM iaitu 60 peratus bagi (B40), 20 peratus (M40) 15 peratus (T20) dan lima peratus untuk bukan bumiputera,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas MRSM dan Majlis Berbuka Puasa MARA di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu Mahdzir berkata kerajaan akan mengkaji keperluan untuk membuka lebih banyak MRSM di seluruh negara, bagi memenuhi permohonan yang tinggi saban tahun terutamanya pelajar daripada luar bandar.

Menurutnya ketika ini, MRSM Ranau di Sabah dan MRSM Bintulu di Sarawak dijangka siap akhir tahun ini, manakala lima lagi akan dibina di Ketereh dan Tanah Merah di Kelantan, Sik di Kedah, Lawas di Sarawak dan Dungun di Terengganu.

Terdahulu, Mahdzir turut melancarkan platform baharu “MRSM Channel” iaitu medium pembelajaran dalam talian bagi pelajar mengikut video pengajaran daripada guru-guru pakar setiap subjek.

Berita berkaitan
MP pembangkang cadang RTM tayang filem bersejarah Anwar: The Untold Story
May 24, 2023· Politik
150,000 permohonan status warganegara sudah diterima KDN: Saifuddin
April 5, 2023· Isu semasa
Rakyat lihat lantikan Asyraf sebagai habuan politik, kata Shahril
March 14, 2023· Politik
Sahih dilantik Pengerusi Mara, kata Zahid sahkan lantikan Asyraf kalah PRU
March 12, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
11 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
11 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
8 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok