99 peratus individu dewasa terima vaksin Covid-19

January 12, 2022 · Isu semasa

Seramai 23,172,722 atau 99.0 peratus daripada individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu hingga semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 22,889,297 atau 97.8 peratus lagi populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.

Statistik laman sesawang KKM, Covidnow menunjukkan seramai 8,284,539 atau 35.4 peratus lagi individu, terutama warga emas berusia 60 tahun dan ke atas telah menerima suntikan dos penggalak.

Sementara itu, KKM juga memaklumkan sebanyak 5,626,782 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin sejak PICK Remaja dilancarkan pada 8 September tahun lalu.

Daripada jumlah itu seramai 2,768,673 atau 88.0 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,858,109 atau 90.8 peratus remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

KKM berkata sehingga semalam lebih 59.77 juta dos vaksin telah diberikan kepada semua individu di Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 25,657,970 atau 78.6 peratus individu telah melengkapkan suntikan masing-masing, manakala 26,030,831 atau 79.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok