99.9 peratus individu dewasa Lembah Klang lengkap divaksin

September 11, 2021 · Isu semasa

Jumlah populasi dewasa di Lembah Klang yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 kini mencecah 99.9 peratus atau lebih 6.15 juta individu.

Angka itu dicapai setelah 47,437 lagi populasi dewasa selesai menerima dos kedua semalam, menurut data dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini.

Setelah lebih enam bulan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan hampir 13.2 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk Lembah Klang, membabitkan 6,988,578 dos pertama dan 6,156,029 dos kedua.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai semalam, sekali gus individu lengkap divaksin memperoleh ‘sedikit kebebasan’ daripada sekatan yang dikenakan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berdasarkan data itu, sejak 24 Februari sehingga semalam, secara keseluruhannya 72.0 peratus individu dewasa di seluruh negara telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, manakala 90.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Wilayah Persekutuan Labuan berada di tempat kedua dengan merekodkan sebanyak 95.9 peratus individu dewasa melengkapkan dos masing-masing.

Enam negeri – Johor, Pahang, Perak, Kedah, Kelantan dan Sabah – masih kekal berada di bawah nilai ambang 60 peratus individu dewasa yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Semua negeri itu mencatatkan antara 48.6 peratus dan 59.2 peratus individu dewasa lengkap divaksin.

Semalam sahaja sebanyak 287,059 dos vaksin diberikan di seluruh negara membabitkan 111,027 dos pertama dan 176,032 dos kedua.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
Merungkai putar belit portal berita pro-DAP
January 25, 2023· Rencana
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
2 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
5 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
5 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
53 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok