99.1% individu dewasa terima vaksin

January 20, 2022 · Isu semasa

Jumlah individu dewasa yang menerima suntikan vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu, semakin menghampiri 100 peratus.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini berkata seramai 23,189,939 atau 99.1 peratus individu dewasa setakat ini telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Statistik laman sesawang Covidnow yang dikemas kini pagi ini menunjukkan sehingga semalam 22,911,629 atau 97.9 peratus lagi individu dewasa telah melengkapkan suntikan masing-masing.

Sejak program suntikan dos ketiga dilancarkan Oktober tahun lalu, sehingga semalam seramai 10,002,472 atau 42.7 peratus individu telah menerima suntikan dos penggalak.

Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai 88.2 peratus atau 2,776,837 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi sejak PICK Remaja dilancarkan 8 September tahun lalu.

Seramai 90.9 peratus atau 2,862,423 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya lebih 61.54 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak Februari tahun lalu hingga semalam, dengan 78.7 peratus atau 25,688,466 individu telah lengkap divaksinasi.

Seramai 79.8 peratus atau 26,052,362 populasi Malaysia pula menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
22 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok