
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam, 5 Jun 2022.
Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 5 Jun 2022) turun sedikit kepada 1,358 kes berbanding 1,591 kes yang direkodkan pada Sabtu.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam mencecah 4,514,989 kes, termasuk 37,161 kes import.
Daripada jumlah itu, 983 kes melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, penerima dua dos (260 kes); individu tidak divaksinasi (98 kes); dan 17 kes melibatkan penerima belum lengkap vaksinasi.
Seramai 1,620 pesakit dilaporkan sembuh semalam, menjadikan kumulatif kes pulih sebanyak 4,457,118 pesakit.
Sehingga semalam sebanyak 22,183 kes masih aktif, termasuk 21,232 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah; 21 ditempatkan di PKRC; 904 dirawat di hospital; dan 26 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Mengikut data laman sesawang CovidNOW, dalam tempoh minggu ini kumpulan umur 18 hingga 29 tahun paling ramai dijangkiti Covid-19 iaitu membabitkan 2,643 kes, diikuti 2,614 kes (kumpulan usia 30 hingga 39 tahun).
Sebanyak 1,890 kes lagi membabitkan individu berusia 40 hingga 49 tahun; 50 hingga 59 tahun (1,066 kes); 12 hingga 17 tahun (938 kes); 60 hingga 69 tahun (567 kes); 5 hingga 11 tahun (557 kes); 0 hingga 4 tahun (341 kes); 70 hingga 79 tahun (292 kes); dan 80 tahun ke atas (122 kes).
Berikut adalah kes baharu setiap negeri semalam dan jumlah kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 569 (1,369,950);
- Johor – 61 (384,556);
- Sabah – 45 (372,305);
- Kuala Lumpur – 264 (358,979);
- Sarawak – 22 (306,747);
- Kedah – 29 (300,563);
- Pulau Pinang – 105 (281,902);
- Kelantan – 9 (247,915);
- Negeri Sembilan – 81 (205,398);
- Perak – 90 (204,315);
- Pahang – 17 (171,785);
- Terengganu – 5 (126,277);
- Melaka – 31 (124,619);
- Labuan – 1 (21,424);
- Putrajaya – 24 (20,803); dan
- Perlis – 5 (17,451).
Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) turut memaklumkan hanya dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Sejak Mac 2020 hingga semalam, 35,688 kes kematian dilaporkan di Malaysia akibat Covid-19, termasuk 7,562 kes BID.
Dua kematian yang dilaporkan semalam membabitkan masing-masing satu di Sarawak (BID), dan Selangor.
Data CovidNOW juga menunjukkan pesakit berusia 50 hingga 59 tahun paling ramai meninggal dunia dalam tempoh seminggu lalu iaitu seramai enam orang, diikuti lima kes (60-69 tahun); masing-masing empat kes (70-79 tahun dan 80 tahun ke atas); dan masing-masing dua kes (18-39, 30-39, dan 40-49 tahun).