98 keluarga di Gua Musang diancam banjir pindah ke PPS

October 8, 2022 · Isu semasa

Sembilan puluh lapan keluarga terpaksa meninggalkan kediaman mereka apabila air Sungai Chiku di Gua Musang, Kelantan, melimpahi tebingnya berikutan hujan lebat semalam (7 Oktober 2022).

Keluarga yang terjejas adalah dari Chiku 1 dan 2, dan telah mendapat perlindungan di pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Chiku 2, Gua Musang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Zainal Madasin berkata, mangsa termasuk kanak-kanak dipindahkan ke pusat berkenaan secara berperingkat semalam sehingga lewat malam tadi.

“Mereka telah diminta mengosongkan kediaman masing-masing selepas Sungai Chiku yang terletak berhampiran dengan kampung mereka melimpah,” kata Zainal hari ini.

Bagaimanapun, mangsa mula pulang ke rumah pagi tadi memandangkan paras air sudah surut.

“Kami akan terus memantau kawasan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sebahagian besar negeri di Semenanjung, selain Sabah dan Sarawak, diramal hujan berterusan dan ribut petir bermula hari ini hingga Isnin ini.

Laporan MetMalaysia yang dikongsi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meramalkan sebahagian besar negeri di Semenanjung, termasuk Kelantan, akan mengalami keadaan cuaca itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022· Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
December 8, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
2 jam lalu · Isu semasa
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
4 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
17 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
19 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
20 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok