9,705 kes, 12 kematian semalam

April 17, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 16 April 2022) kekal di bawah 10,000 walaupun angkanya naik sedikit daripada Jumaat.

Data Github Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan dalam tempoh itu sebanyak 9,705 lagi jangkitan baharu direkodkan, termasuk 30 kes import, berbanding 9,673 kes pada Jumaat.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat sedikit kepada 4,382,402 kes, termasuk 36,469 kes import.

Dalam tempoh itu juga seramai 4,238,471 pesakit Covid-19 telah sembuh, termasuk 14,346 yang pulih dalam tempoh 24 jam semalam, manakala 35,409 kematian dilaporkan, dan 108,523 kes masih aktif.

Sementara itu, tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Melaka mencatat peningkatan jangkitan harian semalam, sementara kebanyakan negeri dan Wilayah Persekutuan yang lain mencatat jumlah jangkitan di bawah 500 kes.

Selangor merekodkan 6,568 jangkitan baharu berbanding 6,184 kes pada Jumaat menjadikan kumulatif positif sebanyak 1,301,097 kes.

Pulau Pinang mencatat 359 jangkitan baharu semalam meningkat berbanding 302 kes pada Jumaat, manakala Melaka merekodkan 288 kes baharu (263 pada Jumaat).

Berikut adalah pecahan kes baharu dan kumulatif positif bagi semua negeri dan Wilayah Persekutuan sejak Januari 2020 hingga semalam berdasarkan data dikeluarkan Github KKM:

  • Selangor – 6,568 kes (1,301,097);
  • Johor – 313 kes (380,069);
  • Sabah – 63 kes (369,843);
  • Kuala Lumpur – 673 kes (341,266);
  • Sarawak – 121 kes (303,771);
  • Kedah – 163 kes (297,166);
  • Pulau Pinang – 359 kes (274,727);
  • Kelantan – 45 kes (246,945);
  • Negeri Sembilan – 420 kes (198,023);
  • Perak – 384 kes (197,416);
  • Pahang – 132 kes (169,888);
  • Terengganu – 133 kes (124,814);
  • Melaka – 288 kes (120,281);
  • Labuan – 5 kes (21,230);
  • Putrajaya – 32 kes (18,719); dan
  • Perlis – 6 kes (17,147).

Sementara itu, 12 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk enam daripadanya meninggal di luar fasiliti kesihatan atau BID, menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 meningkat kepada 35,409 kes.

Daripada jumlah kematian itu, lima melibatkan pesakit yang telah menerima dos penggalak; empat tidak divaksinasi dan tiga menerima dua dos vaksin Covid-19.

Johor merekodkan tiga kematian akibat Covid-19 semalam, diikuti masing-masing dua di Kedah, Negeri Sembilan serta Melaka, dan masing-masing satu di Sabah, Pulau Pinang dan Selangor.

Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negeri dan Wilayah Persekutua lain semalam.

Sementara itu, sejak 24 Februari 2021 hingga 15 April lalu, lebih 69.48 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi di Malaysia, termasuk rakyat asing, dengan 15,965,602 atau 67.9 peratus daripada individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak.

Manakala 26,137,579 atau 80.0 peratus daripada populasi keseluruhan menerima dua dos dan 27,598,726 atau 84.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok