97.7% dewasa lengkap vaksinasi, 7,356,445 terima dos penggalak

January 7, 2022 · Isu semasa

Seramai 22,876,224 atau 97.7 peratus daripada individu dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing sehingga semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Sementara 23,162,767 atau 98.9 peratus individu dewasa lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu, dalam usaha membentuk imuniti kelompok bagi menangani pandemik itu.

Berdasarkan statistik dikemas kini dalam laman sesawang kendalian KKM, Covidnow pagi ini, seramai 7,356,445 individu dewasa lain, terutama warga emas berusia 60 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan telah menerima suntikan dos penggalak.

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan seramai 5,617,913 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin masing-masing sejak dilancarkan 8 September 2021 sehingga semalam.

Daripada jumlah itu seramai 2,763,787 atau 87.8 peratus remaja telah lengkap divaksinasi, sementara 90.7 peratus atau 2,854,126 remaja lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya lebih 58.81 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi negara, dengan 78.5 peratus atau 25,640,011 individu telah lengkap divaksinasi, manakala 79.7 peratus atau 26,016,893 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, program imunisasi bagi kanak-kanak seawal usia lima tahun hingga 11 tahun dijangka dimulakan tidak lama lagi setelah KKM semalam meluluskan pendaftaran bersyarat vaksin Pfizer – Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection adalah vaksin comirnaty yang diluluskan untuk imunisasi Covid-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
50 minit lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
1 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
1 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok