97.5 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi

Kadar imunisasi populasi negara semakin meningkat susulan pemberian lebih 68.0 juta dos vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021, oleh Perdana Menteri ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Daripada jumlah itu, 25,767,503 atau 78.9 peratus individu, termasuk tidak terkecuali rakyat asing yang berada di Malaysia, telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Sejumlah 27,241,640 atau 83.4 peratus populasi lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 15,202,158 atau 64.6 peratus individu dewasa pula menerima suntikan dos penggalak sejak 1 Oktober tahun lalu.

Sejak tahun lalu juga seramai 22,932,696 atau 97.5 peratus populasi dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 23,209,324 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara tidak ketinggalan, 2,834,807 atau 91.1 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun, juga telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Manakala, seramai 2,934,891 atau 94.3 peratus daripada remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak PICKids bermula 3 Februari tahun ini sehingga semalam, 1,097,425 atau 30.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Mengikut rekod laman sesawang CovidNOW kendalian KKM yang dikemas kini pagi tadi, Kelantan kekal mencatat kadar imunisasi kanak-kanak terendah iaitu sebanyak 8.6 peratus, sementara tertinggi ialah Sarawak dengan 60.6 peratus.

BERITA BERKAIT
POPULAR