97.5 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

Seramai 22,813,571 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Berdasarkan portal Kementerian Kesihatan CovidNOW, sejumlah 23,119,998 individu atau 98.8 peratus populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, menurut laporan Bernama.

Sementara itu, seramai 2,734,970 individu atau 86.9 peratus populasi remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19, manakala 2,833,424 remaja atau 90 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 78,205 dos vaksin diberikan semalam, membabitkan 1,325 dos pertama, 1,971 dos kedua dan 74,909 bagi penerima dos penggalak.

Berikutan itu, jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan meningkat kepada 55,882,568 sehingga semalam, termasuk 4,575,798 dos penggalak.

BERITA BERKAIT
POPULAR