97.5 peratus individu dewasa, 87.0% remaja lengkap divaksin

Sebanyak 97.5 peratus atau 22,823,150 individu dewasa di seluruh negara telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing sejak Februari hingga semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada lebih 50.63 juta dos vaksin yang diberikan kepada golongan itu, sebanyak 98.8 peratus atau 23,126,700 individu dewasa lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Menerusi program suntikan dos penggalak, sehingga semalam seramai 20.8 peratus atau 4,879,326 individu telah menerima suntikan dos ketiga itu.

Sejak 8 September lalu hingga semalam, lebih 5.57 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK-Remaja).

Daripada jumlah itu, 87.0 peratus atau 2,738,450 remaja telah lengkap divaksinasi, dan 90.1 peratus atau 2,835,938 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sebanyak 56,207,871 dos vaksin diberikan sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu.

Daripada jumlah itu, 25,561,600 atau 78.3 peratus individu telah lengkap divaksin, dan 79.5 peratus atau 25,962,638 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

BERITA BERKAIT
POPULAR