97.3 peratus individu dewasa, 86.5% remaja lengkap terima vaksin

Sebanyak 78.1 peratus atau 25,498,888 populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan sejak 24 Februari lalu sehingga semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 79.4 peratus atau 25,921,599 lagi populasi menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala seramai 3,663,587 lagi individu menerima suntikan dos penggalak.

Keseluruhannya hampir 54.9 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak PICK dilancarkan, lapor KKM hari ini menerusi laman sesawang Covidnow.

Daripada jumlah itu, seramai 22,774,778 atau 97.3 peratus individu dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 98.7 peratus atau 23,096,587 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak 8 September lalu hingga semalam pula seramai 2,724,110 atau 86.5 peratus remaja telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.

Manakala 89.7 peratus atau 2,825,229 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, lapor KKM.

BERITA BERKAIT
POPULAR