9,696 calon SPM 2021 peroleh keputusan cemerlang semua subjek

June 16, 2022 · Isu semasa

Seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.

Dalam sidang media pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021 di sini hari ini, beliau berkata Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86, lapor Bernama.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

GPN pada 2020 adalah 4.80, 4.86 pada 2019, 4.89 (2018), 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

“Sebanyak 55.29 peratus calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran,” katanya.

Nor Zamani berkata calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah 336,630 iaitu 88.09 peratus  daripada 407,097 calon yang mendaftar.

Menurut beliau, pencapaian keputusan SPM 2021 tidak wajar dibandingkan dengan tahun lalu memandangkan calon pada tahun ini merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

“Calon yang layak menerima sijil mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya serta menambah seramai 975 atau 69.10 peratus daripada 1,411 calon berkeperluan khas (CBK) yang menduduki SPM 2021 juga layak mendapat sijil.

Ditanya adakah beliau berpuas hati dengan keputusan SPM 2021, Nor Zamani berkata secara umumnya, ia merupakan keputusan membanggakan kerana calon kali ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di tingkatan satu pada 2017.

“Calon ini juga melalui pengalaman pembelajaran yang mencabar dalam norma baharu sepanjang mereka berada di tingkatan empat dan lima akibat pandemik COVID-19.

“Kita akui bukan mudah untuk membuat persediaan menduduki peperiksaan dengan keadaan pembelajaran secara bersemuka yang terhad,” katanya.

Selari dengan pelaksanaan KSSM, peperiksaan SPM 2021 menawarkan 95 mata pelajaran iaitu 27 mata pelajaran baharu dan 68 mata pelajaran sedia ada, dengan jumlah kertas peperiksaan adalah sebanyak 180.

Calon SPM juga menduduki Ujian Lisan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) dan Ujian Amali Sains (UAS), katanya.

Beliau berkata penjajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris kepada CEFR adalah selari dengan hasrat yang terkandung dalam English Language Education Reform in Malaysia: The Roadmap 2015-2025.

“CEFR merupakan satu piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menunjukkan tahap penguasaan bahasa murid. CEFR ini turut dipaparkan dalam sijil SPM calon,” katanya.

Nor Zamani berkata Lembaga Peperiksaan akan menjalankan kajian terperinci keputusan SPM 2021 memandangkan ia pertama kali dilaksanakan dalam format baharu.

“Keputusan SPM 2021 ini memang kita tidak buat perbandingan dengan tahun sebelumnya kerana ia kohort pertama lalui KSSM,” katanya.

Berita berkaitan
Najib mohon tukar tarikh hari penentuan rayuan hukuman kes SRC
November 24, 2021· Isu semasa
Guru enggan divaksin diambil tindakan sehingga 1 Nov
October 26, 2021· Isu semasa
Operasi sekolah Melaka, Selangor, KL dan Putrajaya mulai 1 November
October 17, 2021· Isu semasa
Skala gred SPM palsu tular di media sosial, kata KPM
June 12, 2021· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok